Threads catat 30 juta pengguna

- Advertisement -

Kurang 48 jam aplikasi pencabar Twitter iaitu Meta Threads dilancarkan, platform berkenaan sudah mempunyai lebih 30 juta pengguna aktif.

Ia sekali gus memberi gambaran jelas bahawa platform baharu Meta itu adalah ‘pembunuh’ untuk Twitter.

Platform Threads itu memanfaatkan pengguna Instagram memandangkan kedua-dua akaun iaitu Threads dan Instagram mempunyai kesinambungan daftar masuk yang sama.

Pada masa ini, Threads adalah tiga aplikasi percuma paling popular di App Store untuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Sementara itu, Twitter yang dimiliki oleh teknokrat terkemuka, Elon Musk dilihat akan bertindak untuk mengeluarkan saman terhadap Meta susulan pelancaran aplikasi baharu syarikat gergasi teknologi berkenaan.

Walaupun baharu dilancarkan, Threads memiliki beberapa kelebihan termasuk keupayaan untuk kiriman video resolusi tinggi dan ia sudah diuji oleh beberapa pempengaruh teknologi terkenal.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan Twitter, namun pastinya Threads adalah ancaman paling nyata untuk aplikasi ‘ciapan’ berkenaan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat