Litrak Laksana Kajian Laluan Kontra Kurangkan Kesesakan Trafik

- Advertisement -

PETALING JAYA – Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd (Litrak) bakal melaksanakan kajian laluan kontra iaitu selaras dengan hasrat mereka ingin meredakan kesesakan lalu lintas yang berlaku pada waktu puncak sebelah petang.

Litrak di dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan tersebut akan bermula di Kilometer (KM) 19.2 selepas Canopy A Plaza Tol Petaling Jaya sehingga KKM 22 dari arah Bandar Sunway ke Putrajaya atau Shah Alam, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Katanya, kajian yang akan mengambil tempoh masa selama tiga bulan itu akan bermula pada 17 Julai ini dari pukul 4.30 petang sehingga 8.30 malam.

“Laluan kontra ini hanya untuk kenderaan ringan Kelas 1 atau pengguna kad Touch ‘n Go sahaja. Sehubungan dengan itu, kajian laluan kontra ini akan melibatkan penyaluran trafik di lokasi-lokasi berikut seperti dinyatakan.

“Laluan kontra ini adalah khusus dan terhad untuk pengguna LDP yang ingin ke Putrajaya atau Shah Alam sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, Litrak menasihatkan pengguna lebuh raya dari arah Puchong menghala ke Bandar Sunway atau Petaling jaya menggunakan lorong kiri atau jalan alternatif sepanjang tempoh pelaksanaan kajian laluan kontra itu.

“Pelaksanaan kajian laluan kontra ini seiring dengan pelan tindakan strategik Litrak bertepatan dengan hasrat mengurangkan kesesakan trafik kepada pengguna lebuh raya untuk pulang ke rumah.

“Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian bantuan LDP di 03-7494 7333 atau ikuti kami di Twitter @LDPTrafik,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat