Gaji penjawat awam, pesara ikut jumlah asal – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semakan gaji perkhidmatan awam dan ia akan turut melibatkan pesara-pesara perkhidmatan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyatakan, hasil keputusan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada kakitangan awam, pesara-pesara perkhidmatan awam dan kerajaan.

“Kerajaan mengambil maklum akan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023 yang telah memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta
Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

“Oleh yang demikian, Kerajaan telah membawa isu ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) bagi mencari jalan penyelesaian untuk memastikan kebajikan pesara terus terbela,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas Anwar, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai 2023 hingga Disember 2023 dibayar
menggunakan amaun pencen asal selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Amaun pencen asal adalah mengikut tafsiran seperti berikut iaitu pegawai awam yang bersara sebelum 2013 – bayaran pencen
dikembalikan kepada amaun Disember 2012; dan pegawai awam yang bersara mulai 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.

“Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023,” ujar beliau.

Tambah Anwar lagi, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pesara semasa berkhidmat dan prihatin dengan kebajikan pesara dalam keadaan dan situasi sekarang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat