Yusoff Rawther lepas, bebas pertuduhan edar kanabis, miliki pistol palsu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi tanpa dipanggil untuk membela diri atas dua pertuduhan mengedar dadah kanabis dan memiliki dua pucuk pistol palsu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Yusoff.

“Atas keterangan atas yang ada di hadapan saya, adalah tidak selamat untuk saya memanggil tertuduh membela diri,”kata hakim itu.

Pada 12 September 2024, Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada jam 10.15 pagi, 6 September tahun sama, lapor Utusan pada Khamis.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Oktober 2024, Yusoff didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas satu pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan itu di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada 9.25 pagi, 6 September 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat