159,518 Kandungan Tidak Sesuai Diturunkan Setakat Tahun Ini – Fahmi Fadzil

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sebanyak 159,518 kandungan tidak sesuai telah berjaya diturunkan dari pelbagai platform media sosial sepanjang tahun ini, menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Jumlah itu adalah daripada 174,473 permohonan yang dikemukakan kepada platform-platform berkenaan, dengan kadar pematuhan yang menunjukkan beberapa syarikat memberikan kerjasama, namun belum mencapai tahap memuaskan sepenuhnya.

“Daripada jumlah tersebut, 57% kandungan bermasalah berada di Facebook, 28% di TikTok dan 13% di YouTube. Ini bermakna tiga platform ini sahaja menyumbang hampir 80% daripada keseluruhan isu kandungan yang dikenalpasti,” katanya di perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi bulan Jun 2025.

Fahmi turut mendedahkan bahawa daripada 159,518 kandungan yang berjaya diturunkan:
• 51% berkaitan dengan judi dalam talian,
• 25% melibatkan penipuan dalam talian (scam),
• 12% berkaitan dengan buli siber, dan
• 9% mengandungi berita palsu.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan sama ada undang-undang dan kerjasama sedia ada memadai untuk menangani ancaman digital yang semakin kompleks.

“Saya tertanya-tanya, adakah ini cukup? Atau adakah ini hanya permulaan dan kita perlu pendekatan yang lebih strategik dan efisien?” ujarnya.

Dalam sidang media sama, Fahmi turut menyentuh mengenai isu bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM) yang kembali tular di media sosial, termasuk kewujudan kumpulan baharu yang didakwa menyebarkan kandungan berunsur pedofilia.

Beliau merujuk kepada Ops PEDO yang dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada penghujung tahun lalu, yang menyaksikan beberapa individu diberkas atas pembabitan dalam kumpulan media sosial bernama “Awet Budak Sekolah”.

“Malangnya, beberapa individu terbabit kini muncul semula dalam kumpulan baharu. Saya bimbang sama ada pihak seperti Facebook benar-benar menegakkan Community Guidelines mereka atau sekadar bersikap lepas tangan,” tegasnya.

Fahmi menegaskan bahawa walaupun MCMC dan PDRM telah mengambil tindakan, ketegasan dan kerjasama lebih erat daripada pihak platform adalah penting untuk membanteras ancaman yang membahayakan masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak.

Beliau turut menggesa agar pendekatan sedia ada dikaji semula dan ditambah baik agar penguatkuasaan lebih berkesan dan tidak hanya reaktif, seiring dengan cabaran keselamatan digital masa kini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat