Najmi Niery: Penyanyi Malaysia yang Semakin Popular di Indonesia dengan “Dekati.”

- Advertisement -

Cyberjaya – Najmi Niery, seorang penyanyi baharu dari Malaysia, telah mencipta kejutan besar dalam industri muzik apabila lagunya, “Dekati.”, mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia. Karya sulungnya ini telah menjadi tular di platform TikTok dan semakin digemari peminat dari negara jiran tersebut sejak dilancarkan setahun yang lalu.

“Dekati.” yang menampilkan lirik puitis dan melodi yang memikat, berjaya mencuri perhatian ramai pendengar, hingga ada yang menyangka Najmi adalah penyanyi dari Indonesia. “Saya sangat bersyukur dengan penerimaan ini. Ramai yang tidak menyangka saya berasal dari Malaysia kerana lagu ini ‘bunyinya’ lebih dekat dengan selera pendengar di Indonesia,” kata Najmi.

Najmi bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi juga dalam penulisan lirik dan penciptaan lagu sejak zaman sekolah. Dengan kecenderungan terhadap genre balada dan R&B, serta pop jazz, Najmi mengukir namanya dengan karya yang berjiwa.

Untuk menghasilkan “Dekati.”, Najmi telah bekerjasama dengan Ari Renaldi, seorang tokoh berpengaruh dalam industri muzik Indonesia. Ari, yang pernah bekerja dengan nama-nama besar seperti Afgan, Yura Yunita, Tulus, dan Glenn Fredly, memainkan peranan penting dalam proses mixing dan mastering lagu tersebut.

“Saya bersyukur kerana lagu ini semakin dikenali dan saya digelar ‘Afgan Malaysia’ oleh sesetengah peminat. Itu satu penghargaan besar buat saya,” ujar Najmi. “Melihat jumlah strim menghampiri 2 juta adalah tanda penerimaan yang sangat baik. Ini memberi saya semangat untuk terus berkarya.”

Najmi juga telah berpeluang memperkenalkan dirinya kepada khalayak Indonesia melalui beberapa festival muzik, termasuk Southeast Serenade Festival Makassar, serta menyertai konsert tempatan seperti Malam Galau Indonesia 2.0 dan Malam Terpaling Galau Indonesia @ZEPPKL.

Kini, Najmi bergerak dengan lebih mantap dengan bantuan pengurus baharunya, Anne Mukhtar, yang berpengalaman luas dalam industri muzik. “Insya-Allah, akan ada karya baharu dan perancangan lain yang bakal dilaksanakan nanti,” tambah Najmi dengan penuh harapan.

Dengan populariti yang semakin meningkat, Najmi Niery dilihat bakal menjadi bintang yang lebih bersinar di arena muzik, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat