“Pelawak Profesional Tapi Saya Pemimpin Pilihan Akar Umbi” – Afdlin Jawab Sindiran Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Dato’ Afdlin Shauki bin Aksan hari ini tampil memberikan respon terhadap kenyataan terbuka Timbalan Presiden PKR, YB Rafizi Ramli yang menyebut beliau sebagai “pelawak profesional” susulan kemenangan Afdlin dalam pemilihan cabang baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media, Afdlin menyatakan penghargaan terhadap sumbangan Rafizi dalam perjuangan reformasi, namun menegaskan bahawa kenyataan sindiran itu memberi kesan yang tidak kecil terhadap martabat dan suara akar umbi.

“Saya tidak malu dengan gelaran pelawak. Saya juga seorang pengarah, penerbit, penulis, pendidik, dan aktivis sosial. Tetapi apabila label itu digunakan untuk mempertikai kelayakan kepimpinan yang saya pikul hasil mandat ahli, ia membawa maksud lain,” ujar beliau.

Menurutnya, beliau bertanding sewaktu PKR berada dalam keadaan paling sukar pasca Langkah Sheraton, ketika ramai menjauh. Kemenangan beliau bersama keseluruhan pasukannya di Setiawangsa, katanya, membuktikan hasrat akar umbi untuk melihat nafas baharu dalam kepimpinan cabang.

“Ini bukan kemenangan peribadi. Ini suara kolektif akar umbi yang menuntut kepimpinan yang turun padang, bukan sekadar muncul di pentas wacana,” katanya lagi.

Afdlin turut menegaskan bahawa dunia seni membentuk dirinya untuk menjadi pemimpin yang mendengar, berempati dan memahami denyut nadi rakyat. Katanya, seni dan politik mampu bersatu dalam membina pentadbiran yang lebih berperikemanusiaan.

“Saya tidak datang dari ‘kilang politik’, tetapi saya hadir untuk membawa nilai. Saya percaya KEADILAN mesti meraikan perbezaan dan menjadikan parti ini rumah perjuangan inklusif,” tegasnya.

Beliau mengakhiri kenyataan dengan menzahirkan kesediaan untuk bekerjasama, termasuk dengan YB Rafizi, demi memperkukuh cabang dan parti. Namun jelasnya, beliau tidak akan berdiam jika integriti dan mandatnya dipertikai secara terbuka dan sinikal.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat