Itu hak Majlis Peguam usul tak percaya kepada AG- Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) kelmarin, disifatkan sebagai hak badan peguam itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Malaysia adalah negara demokrasi dan terbuka menerima sebarang kritikan.

“Malaysia adalah negara bebas, pada saya tak ada apa, ia hak persatuan masing-masing.

“Jika mereka (Majlis Peguam) percaya tindakan mereka itu, nak buat macam mana.

“Pada saya, Kerajaan Malaysia Madani adalah kerajaan yang amalkan demokrasi dan kita terbuka menerima kritikan daripada rakyat dan badan profesional.

“Bagi saya, Kerajaan Malaysia Madani mestilah menjadi kerajaan bertanggungjawab yang menekankan aspek ketelusan dan akauntabiliti,” lapor BH di Johor pada Jumaat.

Kelmarin, Majlis Peguam dilaporkan meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika EGMnya, atas alasan gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Ia juga memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberikan notis kepada Idrus untuk membawa prosiding menghina mahkamah terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap Badan Kehakiman, dengan serta-merta.

Semalam pula, seorang pakar perlembagaan dilaporkan berpandangan, tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara ketika EGMnya kelmarin, sebagai tindakan yang keras.

Ahli Majlis Profesor Negara (Kluster Politik, Governan dan Undang-Undang), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, dilaporkan berkata tindakan badan guaman itu agak serius kerana mencalar kewibawaan seorang Peguam Negara.

Ditanya apakah tindakan kerajaan susulan langkah diambil Majlis Peguam itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, kerajaan Malaysia Madani akan terus menjunjung demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini.

“Seperti yang saya tegaskan, Kerajaan Madani mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sudah tentu kita menekankan ketelusan dan akauntabiliti,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat