Polis Tahan Lelaki Buat Hantaran Hina Institusi Diraja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi beraja di Malaysia dalam tangkapan di Temerloh, Pahang, hari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Katanya, lelaki itu dipercayai membuat hantaran itu menerusi akaun Facebook ‘Raja Hairun.

“Permohonan reman terhadap suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di lokap berpusat Kuala Lumpur pada esok.

“Siasatan kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menghormati institusi beraja kerana ia sudah dijamin oleh perlembagaan demi menjaga kestabilan negara, bangsa dan negara.

“Mana-mana individu atau pihak yang didapati dengan sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan menghina dan memperlekehkan institusi beraja akan dikenakan tindakan tegas,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat