Harga RON95, RON97 dan Diesel Kekal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan Diesel subsidi kekal tidak berubah bagi tempoh 13 hingga 19 April 2023.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95 kekal RM2.05 seliter, RON97 RM3.35 seliter dan Diesel RM2.15 seliter.

“Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 13 April 2023 hingga 19 April 2023 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter;

(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan

(iii) harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat