Anwar cukup majoriti, boleh singkirkan Umno dan abaikan Pengampunan Diraja Najib – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada peluang untuk mengenepikan permintaan Umno berhubung Pengampunan Diraja ke atas Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam siaran podcast Keluar Sekejap menyatakan selain tidak melayan Pengampunan Diraja terhadap Najib seperti dituntut Umno, Anwar juga boleh ‘menyingkirkan’ kerjasama politik dengan Umno-BN memandangkan Perdana Menteri ke-10 itu sudah memperoleh sokongan majoriti dari parti politik di Sarawak dan Sabah.

“Saya nak jadi budak nakal sikit, sekarang ini Perdana Menteri dah dapat sokongan dari Sabah dan Sarawak tolak BN masih lagi ada majoriti, masih ada 118.

“Jadi adakah ini masanya Anwar mengatakan bahawa cukuplah, ‘enough is enough’ saya tidak mahu menjadi tebusan kepada politik Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mana segala-galanya terpaksa dihalalkan segala-galanya, terpaksa diputihkan.

“….. dan saya put my foot down sebab bagi saya you do the crime you do the time dan saya cukup (majoriti) tanpa Umno-BN,” kata Khairy menjangkakan situasi yang mungkin dipilih Anwar kelak.

Dakwa Khairy lagi, sebab mungkin selama ini Anwar ‘terjerat’ dengan Zahid kerana mahu mencukupkan jumlah sokongan majoriti.

“Sebab selama ini guna alasan terpaksa terima Zahid, terpaksa terima lantikan GLC, terpaksa terima perangai Umno dan sebagainya semata-mata nak kekalkan kerajaan tak nak jatuh kepada Perikatan Nasional (PN).

“Tapi saya kira tolak Umno-BN, kerajaan Anwar masih lagi memperoleh 118. Mungkin inilah masanya,” ujar beliau.

Bagi Khairy lagi, isu Pengampunan Diraja terhadap Najib ini adalah perkara besar yang perlu ditangani dengan bijak oleh Anwar.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pula tidak senada dengan jangkaan Khairy.

Shahril menjangkakan Anwar tidak akan singkirkan Umno dan mengabaikan Pengampunan Diraja terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Saya jangka Anwar tak akan lakukan, tak akan merisikokan kerajaan dia sebab tapi beliau ada satu alasan iaitu ini bukan keputusan saya tapi Agong jadi tentunya terkena tempias tapi he can never be proven,” ulas Shahril.

Pun begitu, baik Khairy mahupun Shahril mengakui isu Pengampunan Diraja ini menjadi liabiliti kepada Anwar dan tentunya merumitkan hubungan Umno dengan Perdama Menteri.

Menurut Shahril ada tiga perkara dalam ufuk masa kepada penyatuan politik antara PH, BN dan Kerajaan Perpaduan khusunya.

“Bagaimana kes Najib ini diuruskan, kalau terlalu berat one way akan beri kesan begini kalau berat the other way akan beri kesan yang lain juga. Perdana Menteri dalam keadaan diluah mati mak ditelan mati bapa dan beliau perlu buat keputusan neutral.

“Perkara kedua ialah apa akan berlaku sewaktu penghakiman Zahid, itupun akan jadi satu miles stone yang akan menguji apa yang akan berlaku bawah BN dan PH dan ketiga ialah Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Ini tiga perkara yang perlu diuruskan akan sampai ke meja Perdana Menteri ke realiti untuk Anwar uruskan,” katanya.

Pada 8 April lalu, Anwar mengakui beliau berada dalam Lembaga Pengampunan, namun menegaskan kuasa memberi keampunan adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri malah menegaskan tidak timbul konflik kepentingan dalam hal itu kerana ada proses yang perlu diikuti dan keputusan akhir adalah di bawah kuasa Agong.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat