Mahkamah larang barang kemas terkait 1MDB diakses

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PetroSaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid dan dua syarikat lain daripada mengakses 41 barang kemas bernilai 9 juta pound, didakwa berkaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim K. Muniandy mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Permohonan itu untuk menghalang Obaid, syarikat barang kemas SJ Philips Limited dan syarikat perkhidmatan logistik barang berharga Malca-Amit Far East Limited Hong Kong daripada membuat sebarang urusan termasuk memindah, menjual atau melupuskan harta terlibat, lapor Bernama pada Khamis.

Harta tersebut ialah 41 barang kemas bernilai GBP9 juta yang didakwa merupakan hasil daripada dana 1MDB.

Terdahulu, Mahadi memaklumkan ini merupakan kali ketiga permohonan sama dibuat terhadap Malca-Amit Far East Limited Hong Kong, kerana sebelum ini Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa Hong Kong mengenai penyampaian perintah tersebut.

Melalui permohonan secara ex-parte difailkan baru-baru ini, Kerajaan Malaysia mendakwa 41 barang kemas itu tertakluk kepada siasatan mengikut Seksyen 28 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) berkaitan 1MDB.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat