Curi kertas undi, pemilihan Pemuda Umno Titiwangsa digantung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berlaku kekecohan dan bantahan dalam pemilihan Jawatankuasa Pemuda Umno Titiwangsa sehingga proses pengundian bahagian itu terpaksa digantung.

Tular lima klip video yang memaparkan dua individu iaitu Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) Titiwangsa Zaharah Adnan dan Timbalan Pengerusi JPU Umno bahagian itu, Datuk Shamsul Bahari yang ‘kantoi’ mencuri kertas undi.

Berdasarkan klip berkenaan, kelihatan Ketua Pemuda Umno Titiwangsa yang tidak lagi bertanding sesi ini, Datuk Nazir Hussin bersama kumpulannya masuk ke dewan pengundian bagi mendapatkan penjelasan.

Ia sekali gus membongkar perbuatan dua individu berkenaan yang menyembunyikan kertas undi untuk jawatan Ketua Pemuda Umno dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa ketika proses pengundian masih berlangsung.

Mereka menemui beberapa kertas undi yang disembunyikan dalam beg merah.

Kertas-kertas undi yang cuba disembunyikan itu dirampas dan diserahkan kepada urus setia sebagai bantahan.

Gara-gara pembongkaran itu pemilihan Jawatankuasa Pemuda Umno Titiwangsa tergantung.

Difahamkan ia merupakan cubaan Pengerusi dan Timbalan Pemilihan Bahagian itu untuk sembunyikan lebihan kertas undi bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Titiwangsa.

Ini bermaksud adanya lebihan kertas undi keluar dengan jumlah perwakilan yang hadir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat