Anwar Ucap Tahniah Pelantikan Li Qiang Perdana Menteri Baharu China

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Li Qiang atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri China ke-8.

Anwar berkata beliau berharap dapat bekerjasama rapat dengan kepimpinan China untuk meneroka bidang kerjasama baharu memandangkan kedua-dua negara akan memperingati ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif Malaysia-China tahun ini.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada H.E Li Qiang atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8 Republik Rakyat China.

“Malaysia kekal komited ke arah mengukuhkan hubungan sejarah yang telah lama terjalin dengan China,” ciapnya di Twitter.

Agensi berita China Xinhua melaporkan Li, 63, disahkan sebagai Perdana Menteri China pagi Sabtu, selepas dicalonkan oleh Presiden Xi Jinping. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat