Pengadil Didakwa Kencing Atas Bola Sebelum Perlawanan Bermula

- Advertisement -

LONDON – Seorang pengadil ‘kantoi’ apabila perbuatannya kencing dalam seluar dirakam sebelum sepak mula satu perlawanan bola sepak di Brazil.

Perbuatan Denis da Silva Ribeiro itu tidak disedari oleh pengulas perlawanan yang sedang memperkenalkan pegawai dan dua pembantunya dalam perlawanan membabitkan pertemuan antara Boavista menentang Goias pada Khamis.

Bagaimanapun, penonton menyedari perkara itu apabila melihat air mengalir di celah kaki pengadil berkenaan dan rakaman itu kini menjadi tular.

Video menunjukkan Da Silva melonggarkan sedikit seluar pendek dipakainya selepas menoleh ke belakang dan kencing di atas bola yang digunakan dalam perlawanan berkenaan sebelum dia beredar daripada bulatan tengah padang.

Boavista menang aksi pertama 3-1 tetapi semua orang bercerita mengenai perbuatan Da Silva. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat