KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Bangi dari DAP Ong Kian Ming menyokong pengiktirafan UEC dengan syarat lulus Bahasa Melayu dan Sejarah untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA), tetapi menegaskan pengiktirafan penuh termasuk sektor awam adalah “melintasi garis merah” dan tidak sensitif kepada realiti politik Melayu.
Tetapi katanya, apabila muncul sesetengah saranan daripada pemimpin di DAP yang kata,” kita mesti mengiktirafkan UEC ini sepenuhnya termasuk untuk masuk ke penjawat awam ini sudah melanggar garis merah.
“Mengeluarkan kenyataan ataupun pergi ke komuniti-komuniti tentu yang dan dan kata okey kita akan buat dasar seperti mengiktirafkan UEC dan dengan tidak segan ataupun tidak begitu sensitif bahawa isu ini akan diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan lepas itu disiarkan di surat khabar bahasa Melayu dan lepas itu akan menimbulkan reaksi daripada orang Umno.
“Saya rasa untuk pengiktirafan UEC ini, jikalau kerajaan termasuk DAP dan juga Pakatan Harapan (PH) memberi tumpuan kepada pengiktirafan UEC untuk masuk ke IPTA dengan syarat mesti lulus untuk BM dan Sejarah dan inilah adalah sesuatu yang saya rasa kalau tak silap, telah dipersetujui di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sewaktu Datuk Seri Najib Razak jadi Perdana Menteri.
“Saya rasa jikalau hala tuju yang sama boleh ataupun dasar yang sama boleh diguna pakai saya rasa ini boleh diterima oleh Umno.
“Tetapi apabila sesetengah pemimpin di DAP kata, kita mesti mengiktirafkan UEC ini sepenuhnya termasuk untuk masuk ke penjawat awam. Untuk iktiraf sebagai salah satu kelulusan untuk sektor awam. Saya rasa ini adalah sesuatu yang cross the red line.
“Jadi boleh balance sikit. Ini bukan sesuatu yang saya rasa.. Kita perlu nuance. Bukan sesuatu yang kita perlu macam ram across kepada orang yang kepada semua lapisan masyarakat,” saran beliau dalam podcast Jam Kesebelas.



