PKP 2.0: Kerajaan mesti jaga kebajikan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan disarankan menitik beratkan kebajikan rakyat yang terkesan.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias amat berharap agar dalam tempoh masa terdekat ini, kerajaan akan mengumumkan pula inisiatif tambahan sebagai bantuan kepada rakyat yang terjejas pendapatan akibat PKP 2.0 ini.

“ Saya ingin mengulangi semula cadangan yang dibawa oleh saya dan rakan-rakan dari Barisan Nasional (BN) sewaktu Belanjawan 2021 yang lalu untuk dipertimbangkan semula oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyenaraikan dua rayuan BN untuk rakyat agar diperhalusi kerajaan Perikatan Nasional (PN) iaitu, lanjutan moratorium secara automatik kepada semua untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.

“Penghapusan syarat pengeluaran I-Sinar KWSP, tiada lagi kategori 1 atau 2, sesiapa yang mempunyai baki wang dalam Akaun 1, akan dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak 10 peratus.
“Saya mohon agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan dengan sebaik-baiknya dua perkara ini. Pastinya rakyat di luar sana menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meminimakan kesan yang ditanggung mereka akibat daripada pelaksanaan PKP 2.0 ini,” kata Jalaluddin.

Beliau berdoa semoga Malaysia terus diselamatkan dari serangan pandemik dan juga lainlain bencana buruk seperti banjir dan sebagainya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat