Barisan Menteri Terlibat Rasuah, Salah Guna Kuasa Akan Dipecat Serta-Merta: PM Anwar Ibrahim

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Jemaah Menteri yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa akan dipecat serta-merta.

Memetik Bernama, tegasnya lagi, beliau tidak akan bertolak ansur jika wujudnya amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbirannya.

“Mana-mana menteri di dalam Kerajaan Perpaduan yang didapati terlibat dengan budaya rasuah atau salah guna kuasa akan dipecat serta-merta

“Saya tidak akan bertolak ansur sekiranya budaya itu wujud dalam kerajaan pimpinannya.

“Saya sudah beritahu kepada rakan-rakan Jemaah Menteri yang saya pilih, yang pertama, untuk soal tata kelola maknanya tiada rasuah.” katanya ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri Bersama Ulama dan Asatizah di sini hari ini.

Kata Anwar lagi, beliau juga sudah bercakap dengan ketua-ketua parti komponen, kalau ada semasa pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri kes seperti ini (rasuah), saya minta pecat mandat (sebagai menteri) serta merta.

Menurutnya peringatan itu bukan bersifat politik sebaliknya merupakan keyakinan beliau untuk membebaskan negara daripada rasuah.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat