Samsung dijangka tidak menyertakan pengecas dan fon telinga

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengeluar telefon pintar terkemuka, Samsung dilaporkan bersedia untuk tidak menyertakan kepala pengecas dan fon telinga untuk peranti mercu mereka iaitu Galaxy S21.

Menerusi satu portal teknologi menyatakan bahawa  bahawa keputusan itu hampir pasti akan dibuat oleh Samsung susulan penemuan dokumentasi syarikat itu.

Berdasarkan khabar angin itu juga, Samsung juga tidak akan menyertakan fon telinga dan mungkin ia salah satu usaha untuk mempromosikan teknologi pengecas tanpa wayar mereka.

Mengikut jadual, Samsung Galaxy S21 bakal dilancarkan pada suku pertama tahun depan mengikut garis masa pelancaran produk menggunakan kod ‘S’ sebelum ini.

Sebelum itu, Apple menjadi syarikat pertama yang tidak menyertakan pengecas dan fon telinga.

Langkah itu dibuat untuk menjimatkan penggunaan bahan nadir bumi sekali gus mengurangkan penghasilan karbon.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat