Peruntukan RM2.89 Juta Sistem Kelas Pintar Untuk 101 Sekolah FELDA – Idris Jusoh

- Advertisement -

KUANTAN – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memperuntukkan RM2.98 juta bagi mewujudkan sistem kelas pintar (Smart Classroom) di 101 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di seluruh tanah rancangan, kata Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata pelaksanaan yang bertujuan meningkatkan taraf pendidikan dan pembelajaran secara digital di luar bandar akan dibuat secara berperingkat dengan projek rintis bermula di SMK Lurah Bilut di Bentong, kira-kira 162 kilometer dari sini.

“Smart Classroom ini menyediakan pelbagai peluang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal memberi manfaat kepada 40,304 pelajar tingkatan satu hingga lima di seluruh Malaysia.

“Kaedah pembelajaran abad ke-21 sangat sesuai dengan jiwa generasi muda dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih interaktif dan menarik minat pelajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelancaran Smart Classroom disempurnakan oleh Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin secara tertutup di Menara FELDA di ibu negara hari ini, dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut Idris, pelaksanaan Smart Classroom itu adalah sebagai persediaan pelajar menguasai dunia digital dan teknologi pintar bagi menghadapi Revolusi Industri Keempat (IR4.0) selain membina keterbukaan minda pelajar dalam mengintegrasi proses pembelajaran berteraskan teknologi.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Mohd Radzi berkata sinergi padu antara FELDA dan Kementerian Pendidikan mewujudkan Smart Classroom itu dapat melahirkan ruang kondusif bagi pelajar di sekolah terlibat dan memastikan kecemerlangan pendidikan generasi baharu FELDA.

Sementara itu, pengetua SMK Lurah Bilut, Noraini Mohamad berterima kasih kepada pengurusan FELDA kerana memilih mereka sebagai sekolah rintis projek yang dilihat memberi peluang kepada guru memaksimumkan teknik pengajaran terkini bagi mengekalkan minat pelajar di dalam kelas. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat