Anjur, sertai Yoga di Rumah, sembilan wanita dikompaun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sembilan wanita termasuk seorang warga United Kingdom dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas menganjur dan menyertai kelas yoga di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata pemeriksaan kira-kira 8.50 pagi di dalam rumah itu mendapati kesemua wanita berumur 37 hingga 60 tahun itu telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, seorang penganjur yang berumur 37 tahun tidak memberikan kerjasama dan cuba mempertikaikan tindakan polis semasa pemeriksaan serta pemantauan prosedur operasi standard (SOP) pematuhan PKPB di rumah itu.

“Siasatan mendapati rumah tersebut adalah premis persendirian yang dijadikan pusat latihan yoga dan tidak mematuhi syarat PKPB.

“Kesemua wanita itu bukan daripada keluarga sama dan menyertai aktiviti yoga yang tiada penjarakan fizikal di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua wanita itu dibawa ke Balai Polis Hartamas untuk tindakan kompaun mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) 2020.

Jelasnya, penganjur turut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat