Tun M Pertahan Langkawi Tapi Tak Tetapkan Calon PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan akan mempertahankan Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Pejuang itu sekadar menyatakan beliau cuma calon Parlimen Langkawi bukannya calon Perdana Menteri.

“Mahathir calon Langkawi bukan calon Perdana Menteri.

“Kita tak tentukan lagi calon Perdana Menteri, soal itu hanya relevan kalau kita menang sahaja,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir memberitahu memandangkan Gerakan Tanah Air (GTA) belum didaftarkan maka lebih 120 calon akan bertanding dengan tiket Pejuang.

Sementara itu, Dr Mahathir menyifatkan tindakan tergesa-gesa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak pembubaran Parlimen kerana yakin boleh menang juga memandangkan pembangkang lemah, tidak terurus dan tidak didaftar.

“Objektif lain ialah nak bebaskan dan ampunkan Datuk Seri Najib Razak, gugurkan pertuduhan Najib melibatkan 1MDB dan tentunya untuk gugurkan kes Zahid di mahkamah,” dakwanya.

Beliau juga menjangkakan Umno tidak mampu menunaikan Bajet 2023.

“Bajet 2023 memang ditujukan untuk rakyat tapi kerajaan tak mampu melaksanakannya,” ujar beliau.

Ditanya sama ada beliau dan partinya akan menjalin kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir meminta soalan itu ditujukan kepada Anwar.

“Itu (kerjasama sekali lagi) kena tanya Anwar, adakah dia ingin kerjasama lagi dengan saya?

“Saya orang baik,” selorohnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat