Kita masih dalam pandemik COVID-19, beransur beralih ke fasa endemik – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia masih lagi bergelumang dalam fasa pandemik COVID-19,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pun begitu,jelasnya kita sedang memulakan langkah untuk beralih ke fasa endemik.

Memetik Astro Awani, Khairy menjelaskan tentang makna endemik iaitu keadaan di mana penyakit bawaan COVID-19 ini tetap masih wujud di sekitar kita cuma ia sudah dapat dikawal dengan baik.

“Endemik ini bermaksud penyakit ini masih wujud dalam sesuatu masyarakat tetapi kejadiannya adalah sangat rendah, kes tidak banyak, kemasukan ke ICU rendah dan jumlah mereka yang terkorban juga sangat rendah.

“Cuma kita kena biasakan diri apabila ada penyakit endemik ini kepada beberapa kluster jangkitan yang akan tiba-tiba muncul contohnya seperti yang saya sebut, penyakit endemik denggi, sentiasa bersama dengan kita tapi kita boleh kawal,” katanya.

Katanya ketika ini negara sedang melihat penurunan trend jangkitan dibantu dengan vaksinasi yang sudah melindungi majoriti rakyat, membolehkan lebih banyak sektor dibuka setelah sekian lama tergencat.

Begitupun jelas Khairy, kita masih belum benar-benar mencapai imuniti kelompok memandangkan sifat virus yang sentiasa bermutasi kepada varian-varian baharu.

“Lama-kelamaan nanti kita juga akan mendapat imuniti secara semula jadi, maksudnya apabila kita sudah divaksin mungkin kita akan terdedah kepada virus ini dan kita tidak rasa apa-apa, asimptomatik, dan itu juga akan menambah perlindungan imuniti yang kita ada.

“Cuma dalam beberapa bulan, mungkin hujung tahun mungkin tahun depan, tarikh saya tidak boleh nak bagi, tetapi kita kena tengok data dan indikator. Kalau rendah, mungkin kita sudah sampai tahap endemik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat