Perjuangan kemasyarakatan Anwar jadi inspirasi filem baru Rajinikanth

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bintang filem terkenal India, Rajinikanth bakal menghasilkan filem inspirasi daripada perjuangan kemasyarakatan yang diperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, hari ini beliau menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni asia dan antarabangsa.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

“Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” ucap Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat