IFSB, rakan strategik jalin kerjasama wujud pelaburan Islam

- Advertisement -

PETALING JAYA — Ihsan Fintech Sdn Bhd (IFSB), sebuah syarikat peneraju industri teknologi kewangan secara rasmi menjalin perkongsian dengan empat rakan strategik yang bakal menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan inovatif patuh syariah.

Pengarah Eksekutif IFSB, YM Dato Raja Aznil Raja Hisham, yang menandatangani perjanjian mewakili Ihsan Fintech Sdn Bhd berkata, kerja sama ini menggariskan komitmen teguh untuk memberikan solusi kewangan bertaraf dunia.

Ini jelasnya disusuli dengan prinsip memegang teguh piawaian tertinggi dalam integriti, pematuhan, dan rangka kerja undang-undang.

“Quartet rakan strategik IFSB termasuk Amanah Warisan Berhad (AWARIS): sebagai Pemegang Amanah, Mudharib Partners: sebagai Penasihat Kewangan Korporat Tawafuq Consultancy: sebagai Penasihat Korporat Patuh Shariah dan MAHA Lawyers: sebagai Penasihat Undang-Undang Korporat.

“Dengan kepakaran cemerlang kesemua rakan terkemuka ini, IFSB berhasrat untuk mengukuhkan kepimpinannya dalam industri teknologi kewangan, dengan komitmen untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan inovatif patuh syariah,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya tidak sekadar mengungkapkan hasrat IFSB merumuskan komitmen terhadap ketelusan, pematuhan, dan amalan beretika dalam ekosistem syarikat.

Ini juga katanya melambangkan simbolik komitmen terhadap standard tertinggi dalam integriti dan tadbir urus IFSB.

“Ia memperlihatkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi dalam membina ekosistem IFSB yang mampu meningkatkan kepercayaan melalui ketelusan,” jelasnya.

Pada majlis ini, Ketua Pegawai Eksekutif IFSB, Mohamad Noor Sham Abu Hassan, memperkenalkan peluang pelaburan: Islamic Redeemable Convertible Preference Shares (RCPS-i) dengan sasaran pulangan tahunan yang menarik sehingga lima belas peratus (15%) untuk Tranch 1.

Selain itu, para pelabur juga berpotensi untuk menerima bonus berdasarkan prestasi, yang dikenali sebagai Hibah, namun tertakluk kepada prestasi dan atas budi bicara syarikat.

Majlis berprestij ini berlangsung di Hotel Sheraton Petaling Jaya, dengan kehadiran tokoh-tokoh yang dihormati, termasuk Pengerusi Kumpulan IHSAN, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.

Acara bersejarah ini memperlihatkan komitmen teguh IFSB terhadap penyelesaian kewangan yang beretika dan dipercayai.

Ia menjemput para pelabur berpotensi untuk memulakan perjalanan transformasi bersama IFSB dalam membentuk landskap teknologi kewangan yang berdaya saing.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat