Tiada Calon, PAS Tetap Bantu UMNO, Bersatu Di Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – PAS akui sedih apabila ‘dipinggirkan’ oleh sekutu Perikatan Nasional (PN) dalam pengumuman calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Namun, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata parti itu memilih pendekatan berjiwa besar untuk istiqamah membantu UMNO dan Bersatu demi kemaslahatan ummah.

“Memang sedih jika PAS tidak diberi laluan bertanding. Bagaimanapun, sama ada PAS diberikan kerusi atau tidak, PAS akan tetap bertanding.

“Calon-calon yang dihantar oleh UMNO, Bersatu dan rakan-rakan yang lain atas nama maslahah ummah sebenarnya adalah turut mewakili PAS.

“Maka jentera PAS akan turun seratus peratus membantu wakil mereka yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohd Zuhdi menjelaskan, PAS adalah sebuah parti Islam yang telah lama bertapak di Sabah, menceburi kegiatan dakwah dan siasah.

Menurutnya, kegiatan dakwah yang dipelopori oleh PAS sudah lama bersemarak menunggu ranum buahnya.

“Kegiatan siasah yang diusahakan oleh PAS pun semakin meluas, cuma di dalam medan ini cabarannya lebih hebat menyebabkan segala gerak langkahnya perlu berhati-hati.

“Oleh sebab itu, soal bertanding dalam PRN Sabah kali ini adalah secebis daripada kanvas keseluruhan kegiatan PAS di Sabah.

“Sebagai sebuah parti yang berdisiplin, pendukung PAS boleh menerima apa sahaja yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak dan pimpinan utana parti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, susulan sehari dua ini heboh disebarkan PAS tidak mendapat satu kerusi pun untuk bertanding dalam PRN Sabah.

“Rakan PAS dalam PN dan Muafakat Nasional (MN) dikatakan tidak memberi laluan kepada PAS untuk bertanding kerusi DUN di negeri tersebut.

“Sudah ada suara-suara yang menyindir, PAS tidak dihormati malah ada yang menyebut PAS dikhianati oleh rakan-rakan PN dan MN.

“Parti Amanah Negara (PAN) antara yang bersorak gembira, menyindir PAS yang dikatakan dipinggirkan di Sabah. Mereka menyatakan, walaupun mereka baru sahaja ditubuhkan beberapa tahun lalu, mereka tetap diberi laluan oleh Warisan Plus bertanding di Sabah.

“Bagi mereka yang penting mesti bertanding, walaupun belum tentu kerusi yang mereka tandingi akan menang. Bagi PAN bertanding kerusi adalah penting untuk menunjukkan mereka wujud di pentas politik Sabah,” kata Zuhdi lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat