Protes Akta Hasutan: Hentikan Salah Guna Kuasa dan Peralatkan Polis untuk Tujuan Politik – Hilman

KUALA LUMPUR, – Ketua Armada Bersatu Malaysia, Hilman Idham menggesa pihak berkuasa menghentikan salah guna kuasa dan tidak memperalatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan politik, susulan siasatan terhadap ucapannya dalam himpunan solidariti di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 29 Julai lalu.

Hilman berkata, beliau telah memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini berhubung siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kertas siasatan yang dibuka bukan berdasarkan laporan daripada mana-mana individu yang kononnya diugut, sebaliknya dibuat sendiri oleh pihak polis.

“Sejak malam himpunan solidariti di hadapan IPD Dang Wangi sehingga hari ini, tidak sekali pun Menteri Dalam Negeri menafikan arahan beliau terhadap penahanan beberapa pimpinan Bersatu dan Armada. Jika benar bukan arahan beliau, maka beliau harus menafikannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menegaskan, tindakan sedemikian memberi gambaran jelas bahawa pihak berkuasa digunakan untuk menekan lawan politik.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat