Muhyiddin jangan wujudkan kluster takut mahkamah – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya tidak mewujudkan “Kluster takut mahkamah”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menegaskan, Muhyiddin sepatutnya meminta menantunya Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan balik segera untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dia (Muhyiddin) patut buat kenyataan terbuka agar rakyat tidak gelisah.

“Muhyiddin kena tunjuk teladan baik. Dia masih bermimpi jadi Perdana Menteri,” bidas Puad pada Jumaat.

Beliau malah menegaskan bahawa isu yang membabitkan menantu Presiden Bersatu itu serius.

“Kenapa tunggu SPRM buat pendedahan baru nak balik. Ini isu serius bila SPRM minta Polis Antarabangsa (Interpol) bantu cari, minta imigresen gantung paspot dan akan disenarai hitamkan.

“Jangan wujudkan kluster baru, iaitu “Kluster takut Mahkamah”. PN Best terbukti hanya retorik,” kata lagi.

Terdahulu media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu SPRM dalam proses permohonan notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang peguam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata kerjasama seperti itu adalah satu perkara biasa antara agensi kerajaan.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengumumkan untuk memohon notis merah Interpol terhadap dua individu yang dipercayai melarikan diri keluar negara.

Kedua-dua mereka Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, yang juga menantu Muhyiddin dan peguam Mansoor Saat, 69, disiasat SPRM berkaitan kes penyelewengan projek pendaftaran pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Sebelum ini, menantu Muhyiddin menegaskan beliau tidak pernah ditangkap atau dihubungi SPRM selepas didakwa melarikan diri ke luar negara dan dimasukkan dalam ‘wanted list’ (orang dikehendaki) agensi itu.

Peguam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu yang mewakili Adlan berkata, anak guamnya tidak pernah dipanggil oleh SPRM untuk mesyuarat atau untuk membantu dalam apa-apa jenis siasatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat