Suami Didakwa Atas Tuduhan Bunuh Pensyarah UIA

- Advertisement -

SEPANG – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang merupakan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akhir Julai lepas.

Tertuduh Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman, namun tiada pengakuan direkodkan.

Dia dituduh membunuh Maizatulnisa Othman, 40, di Tasik Cyber Valley Park, Jalan Persiaran Sepang, Cyberjaya, antara 11 pagi, 29 Julai dan 1.04 pagi, 30 Julai lepas.

Hairil didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Selepas fakta pertuduhan dibacakan, tertuduh yang memakai baju serba hitam meminta tempoh diberikan untuk melantik peguam.

Mahkamah menetapkan 14 September depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya Nurul Faraheen Yahya memaklumkan mahkamah bahawa keluarga tertuduh sudah dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini tetapi tiada ahli keluarganya yang hadir di mahkamah.

Sebelum ini dilaporkan Maizatulniza, pensyarah UIAM ditemui mati dalam kereta berhampiran Tasik Cyber Valley Park, pada 30 Julai lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat