PRN Sabah: Berundurlah Musa Aman, Beri Peluang Muka Baharu

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Inilah masa bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman memberi peluang muka baharu mentadbir negeri Sabah, kata adiknya Dato Seri Anifah Aman.

Anifah Aman yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) diminta mengulas berhubung dengan isu politik terkini yang berlaku di negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Musa Aman yang dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah semenjak Mac 2003 hingga Mei 2018 sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negerinya, bagi saya cukuplah dan berilah peluang calon baharu dari kalangan generasi muda Sabah berbakti dan membangunkan negeri ini dengan lebih baik, kata Anifah lagi.

“Anifah juga berkata tidak ada masalah untuk berbeza pendirian berkaitan politik walaupun ada talian adik beradik, lihat contoh disini Jeffrey Ketingan dan Tan Sri Pairin Ketingan, dan di semenanjung Tan Sri Shahrir Samad dan YB Khalid Samad.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis makan tengahari bersama media anjuran PCS disini, beliau menyatakan PCS akan bertanding pada PRN Sabah kali ini supaya dapat menubuhkan kerajaan negeri, katanya lagi.

“Kita bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti Sabah yang berkongsi misi dan visi, kita lebih utamakan kepentingan negeri Sabah. Untuk PRN ini, PCS akan bergerak secara sendiri untuk berkempen.

PCS merupakan sebuah parti tulen Sabah yang akan memperjuangkan isu-isu tempatan penting, termasuk Perjanjian Malaysia (MA63). Sebagai sebuah parti tempatan, kita mahu bebas bersuara untuk mengemukakan masalah-masalah kita serta isu yang dekat di hati kita tanpa segan dan tanpa paksaan untuk menunduk, ujarnya.

“Kami juga akan mengumumkan calon berkaliber dekat dengan hari pencalonan PRN nanti, dan barisan calon PRN akan memberi ruang lebih untuk belia dan wanita.

Ditanya adakah beliau sudi menerima Musa Aman masuk ke PCS, beliau sekali lagi memberi jawapan sudah tiba masanya dia (Musa Aman) berfikir untuk memberi peluang generasi baharu mentadbir negeri ini, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat