Norhizam Hassan Letak Jawatan

- Advertisement -

MELAKA: EXCO kerajaan negeri Melaka YB Datuk Norhizam Hassan Baktee mengumumkan meletakkan jawatanya sebagai Pengerusi Majlis Pengakap Negeri (MPN) Melaka berkuatkuasa serta merta.

“Terlalu banyak ketirisan dalam Pengurusan Beruniform Pengakap Negeri Melaka, dan tidak bersetuju dengan tindakan dan keputusan pihak pengakap persekutuannya, katanya disini.

“Diantara ketirisan yang dilaporkan ialah baik pulih Kem Pengakap Negeri Melaka namun tiada apa-apa tindakan yang diambil. Dan saya telah laporkan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, ujar lagi.

MPN Melaka sering diburuk-burukkan kononnya tidak memberi kerjasama dalam Pengurusan Persekutuan Negeri Melaka. Norhizam ditemui pada sidang media di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

Sikap memburuk-burukkan MPN Melaka ini akan menyebabkan sukarnya membuat sebarang aktiviti dan akan berlaku perpecahan dikalangan ahli. Ianya tidak sihat serta menjadi contoh yang tidak baik untuk generasi akan datang selain menyebabkan hilang kepercayaan pemimpin, ibu bapa dan masyarakat terhadap badan beruniform pengakap Melaka,” katanya.

Norhizam yang juga EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi dilantik menjadi Pengerusi MPN Melaka pada April tahun lepas.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat