Wan Saiful minta Fahmi tak teruskan perangai kuku besi ke atas media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selaku Ketua Portfolio Komunikasi dan Digital Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan minta jaminan bahawa Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tidak akan meneruskan perangai kuku besi menghalang media daripada menjalankan tugas untuk melaporkan berita-berita yang mahu dilaporkan, atau memanggil media untuk diberi amaran.

Dakwa Ahli Parlimen Tasik Gelugor itu, kebebasan media semakin terhakis dalam negara kita.

“Kerakusan kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasa mesti dihentikan,” tegasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, pada Mac lalu, Fahmi dilaporkan akan memanggil media yang menyiarkan analisis mengenai kemungkinan kenaikan OPR.

“Tetapi tindakan kuku besi untuk mengekang kebebasan media itu tidak menjadi, kerana pada Mei lalu OPR benar-benar dinaikkan.

“Hari ini (semalam) Fahmi sekali lagi mempertikai laporan media. Kali ini mengenai laporan kemungkinan harga barang akan naik 20 peratus mulai Ogos nanti.

“Tidak salah untuk Fahmi pertikai laporan media yang menunjukkan kerajaan gagal menjaga rakyat dan gagal mengawal kenaikan kos sara hidup. Kerajaan ini hanya tahu bercakap dan mengawal suara rakyat secara kuku besi.

“Tapi tidak kompeten dalam benar-benar membawa penyelesaian. Jadi memang kerja Fahmi untuk bersuara begitu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat