Tiada Pindaan Untuk Pengeluaran Penuh Bagi Umur 55, 60 Tahun – KWSP

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa tiada pindaan dirancang untuk pengeluaran penuh bagi umur 55 dan 60 untuk ahli-ahli semasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.

Jelas kenyataan itu, cadangan pengeluaran mandatori bulanan akan hanya melibatkan ahli-ahli baharu dan buat sementara ini bagi mereka yang lahir pada atau selepas 2010 serta berdaftar dengan KWSP selepas tarikh pelaksanaan kaedah baru ini.

Bayaran pertama di bawah kaedah mandatori ini akan dibuat selepas persaraan ahli-ahli ini, yang dijangkakan hanya berlaku beberapa dekad dari sekarang.

“Cadangan ini masih diteliti dan KWSP memberi jaminan bahawa sebarang keputusan berhubung pengeluaran simpanan akan dibuat dengan pertimbangan yang teliti dan selari dengan komitmen KWSP demi kepentingan masa depan ahli.

“Mekanisme pengeluaran mandatori bulanan akan menyelaraskan Malaysia dengan amalan di kebanyakan negara lain kerana negara kita adalah antara minoriti kecil yang masih membenarkan pengeluaran sekali gus dan bukan berkala,” jelas kenyataan itu.-Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat