TYT Melaka Hadir Majlis Korban Perdana AIM

- Advertisement -

MELAKA:  Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir pada Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang diadakan di Masjid As Solihin Permatang Pasir, Melaka pada Isnin.

Menurut kenyataan media AIM, hampir 200 penduduk setempat dan warga kerja
AIM dari ibu pejabat dan Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan terlibat pada Majlis Korban Perdana tersebut. Dan sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Proses sembelihan yang dibuat bermula jam 10 malam itu diakhiri dengan kerja-kerja memotong, melapah, menimbang, membungkus dan mengagih[1]agihkan daging korban di beberapa pusat agihan di sekitar Kampung Permatang Pasir.

“Majlis Korban Perdana AIM yang diadakan setiap tahun ini, adalah sebagai sebagai sebahagian penghayatan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim as.

“Ia juga adalah tanda kesyukuran AIM dan menunaikan tuntutan untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang asnaf yang layak menerimanya.” kata Unit Komunikasi AIM.

Ujar kenyataan itu lagi, TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Rustam yang tiba pada jam 11 pagi berkesempatan mengagihkan daging korban sambil diiringi Timbalan Pengerusi AIM, Mohd Najib Mohd Noor dan Pengerusi Panel Syariah AIM yang juga Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil dan pengurusan kanan AIM.

Majlis yang mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Masjid As Solilihin Kampung Permatang Pasir ini, merupakan majlis korban perdana AIM yang pertama kalinya dibuat di luar Kuala Lumpur dan ia turut diadakan serentak di 11 Wilayah AIM di seluruh Negara.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat