- Advertisement -
PERISYTIHARAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN TARIKH HARI RAYA QURBAN (AIDILADHA) 1442 HIJRIAH / 2021 MASEHI
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1442 Hijriah ialah pada 11hb. Julai, 2021 Masehi. Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Selasa, 20hb Julai 2021 Masehi.”
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
KUALA LUMPUR
Sekian, terima kasih