“Sekarang kamu dah jadi PM, harga minyak tak turun sebaliknya naik pada kadar tertinggi dalam sejarah” – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dinasihatkan supaya tidak memutar belit fakta sekali gus memperbodohkan rakyat, kata Isham Jalil.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, sebaliknya meminta Presiden dan Timbalan Presiden PKR itu memeriksa fakta terlebih dahulu.

“Anwar, Rafizi, saya sarankan sebelum kamu buat ucapan untuk pusing-pusing, kamu periksa fakta dulu betul-betul. Jangan memperbodohkan rakyat seperti kamu memperbodohkan pengikut-pengikut kamu.

“Jika kita selalu kencing sana sini, lama-lama terkencing dalam seluar sendiri,” bidas Isham dalam kenyataan di Facebooknya pada Selasa.

Isham berkata demikian merujuk kenyataan Perdana Menteri.

“Tadi Anwar kata tidak realistik untuk rakyat guna video yang dia kata menang hari ini esok minyak turun dalam ucapannya pada tahun 2008.

“Masalahnya Anwar, ucapan yang kamu kata menang hari ini minyak turun itu bukan pada tahun 2008 sahaja, kamu ulang-ulang sehinggalah pada dua tahun lepas sebelum PRU-15 pada tahun 2022.

“Dalam konvensyen PKR pada bulan Julai 2022 kamu kata lagi menang hari ini esok minyak turun dan kamu kata sebab minyak tak turun sebelum ini ialah kerana kamu tak jadi PM.

“Sekarang kamu dah jadi PM, kamu bukan turunkan minyak, sebaliknya kamu naikkan minyak pada kadar tertinggi dalam sejarah.

“Kamu kata kononnya dulu harga minyak dunia rendah oleh itu tanggungan subsidi rendah dan masa itu boleh turunkan minyak tapi sekarang tak boleh. Penasihat kamu yang mana beri kamu nasihat ini? soal Isham.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada masa itu (Julai 2022) harga minyak mentah dunia bukan lebih rendah tetapi lebih tinggi iaitu pada paras USD95 setong berbanding hari ini iaitu USD77 setong.

“Maksudnya semasa kamu buat ucapan itu, tanggungan subsidi kerajaan adalah lebih tinggi berbanding sekarang tetapi kerajaan ketika itu boleh kekalkan harga diesel pada RM2.00-RM2.50 seliter.

“Rafizi pula kata, pada tahun 2008 semasa dia tuntut harga minyak turun kononnya harga minyak mentah dunia adalah rendah oleh itu tanggungan subsidi ketika itu adalah kecil berbanding sekarang, dan dia juga kata pada ketika itu kononnya masuk akal untuk turunkan harga minyak berbanding sekarang. Ini tidak betul.

“Pada tahun 2008 sebelum PRU-12, harga minyak mentah dunia melepasi paras USD100 setong, dan dalam beberapa bulan ia berada di paras antara tertinggi dalam sejarah iaitu sehingga USD125 setong.

“Saya masih ingat keadaan ini di mana saya telah dihantar ke Unit Perancang Ekonomi untuk menangani masalah ini dan menurunkan semula harga minyak petrol di pam yang dinaikkan sebelum itu.

“Walaupun harga minyak mentah dunia tertinggi dalam sejarah pada ketika itu, kerajaan tidak naikkan harga diesel di pam tertinggi dalam sejarah macam yang kamu buat sekarang ini di mana harga minyak mentah dunia adalah jauh lebih rendah berbanding tahun 2008 semasa kamu buat janji itu,” hurai Isham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat