Jika Anwar tak kisah dimaki, Fahmi pun tak perlu padam kandungan media sosial – Tun Faisal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau tidak kisah untuk diherdik ekoran tindakan tidak popular melaksanakan penyasaran subsidi diesel adalah isyarat agar suara lantang kritikan rakyat tidak disekat di media sosial.

Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, susulan penegasan Perdana Menteri itu maka adalah wajar Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk tidak menurunkan kandungan media sosial yang dimuat naik pengguna terkait kritikan terhadap kenaikan harga diesel.

“Dengar tu Fahmi, Perdana Menteri tak kisah dimaki berbakul-bakul. Jangan kamu suruh Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok atau sesiapa padamkan, dan jangan ada mana-mana penguatkuasa baik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau PDRM atau sesiapa saja ambil tindakan.

“Siapa bagi mandat kepada Anwar? Ini bukan Perdana Menteri pilihan rakyat. Yang bebal bagi mandat kepada Anwar bukan rakyat, tapi Zahid, MKT UMDAP, Ahli-ahli Parlimen GPS, ahli-ahli Parlimen BN, ahli-ahli Parlimen GRS dan penasihat-penasihat Raja-raja Melayu tertentu,” dakwa Tun Faisal dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Tun Faisal berkata demikian mengulas kenyataan terkini Anwar yakni, beliau tidak kisah untuk diherdik ekoran tindakan tidak popular menyasarkan subsidi diesel.

“Saya yakin dan tidak kisah untuk rakyat maki saya berbakul-bakul. Saya ada mandat saya akan lakukan.

“Bila masa saya terpaksa undur, saya akan pergi tapi sementara saya di sini, saya akan akan tetap berjuang untuk pastikan apa yang betul untuk rakyat dan Malaysia menjadi sebuah negara hebat di Asia,” katanya.

Justeru, Tun Faisal menyifatkan kenyataan Anwar ini membuktikan sikap defensif dan rasa beliau tidak pernah buat salah.

“Ini juga bukti sikap angkuh, bongkak, besar kepala dan ego Anwar.

“Jadi jangan takut untuk maki Perdana Menteri berbakul-bakul pun.. Anwar tak kisah,” tempelak beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat