10 jun 2023 – Nusafest dibawakan oleh Shiraz Projects telah Membawa Rendy Pandugo ke malaysia sebagai peluang yang baik dalam usaha membantu menyalurkan muzik-muzik segar dan boleh dikomersialkan di tanah air dengan lebih meluas.
Rendy Pandugo telah membuat persembahan di Gudang Space @ The Paddock, Petaling Jaya, Selangor menerusi Nusafest Presents yang diberi nama Rendy Pandugo Live in Kuala Lumpur yang bermula pada jam 8 malam semalam.
Rendy telah mempersembahkan sebanyak 16 lagu antara lagu -lagu tersebut adalah Secret, Friends, I Don’t Care , Sebuah kisah klasik, Home, Lagu cinta, Heaven, Wonder, Morning light dan banyak lagi..
Bagi penggemar Rendy, lagu-lagu berbahasa Inggeris miliknya seperti Edge of the Heart, 7 Days, I Don’t Care dan Never Let Go (nyanyian bersama Afgan dan Isyana) juga bukan asing bagi mereka.
Turut diundang dalam persembahan pembukaan semalam adalah artis tempatan Talitha yang turut menyerikan lagi persembahan konsert Rendy Pandugo Live in Kuala Lumpur semalam. Talitha telah persembahkan 3 buah lagu.
Juga hadir meriahkan lagi konsert semalam adalah Iqbal M dengan 5 buah lagu..
Dalam kenyataan media Randy pandugo mengucapkan terima kasih buat pihak penganjur kerana telah menjemput untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur..
“Ini adalah kesempatan besar dan tidak mungkin ditolak kerana bertemu di Malaysia setelah kembara seni ini sempat istirehat kerana pandemik seperti sebuah permulaan baharu.
“Saya harus berterima kasih kepada Nusafest Presents kerana menjadikan saya pemuzik kedua yang mengisi siri persembahan sebelum festival sebenar berlangsung Julai ini.”
Sementara itu, pihak Nusafest yang dibawakan oleh Shiraz Projects menyifatkan kesempatan membawa Rendy Pandugo ke Malaysia sebagai peluang yang baik dalam usaha membantu menyalurkan muzik-muzik segar dan boleh dikomersialkan di tanah air dengan lebih meluas.
“Kita faham Rendy Pandugo mempunyai kelompok peminatnya tersendiri, jadi menerusi Nusafest Presents kami berharap agar penggemar muzik secara amnya ikut hadir dan menikmati karya dari pemuzik berbakat besar ini,” ujar Shirazdeen Karim dari Shiraz Projects.
Rendy Pandugo sendiri bukan asing dalam kalangan peminat muzik Indonesia. Penyanyi berusia 38 tahun ini sudah mencetak namanya dalam belantika muzik sejak tahun 2012.
Namanya cukup popular jika mengingatkan betapa enaknya tembang fenomena milik Sheila On 7, Sebuah Kisah Klasik dinyanyikan dalam versinya. Malah hit Dewa 19, Lagu Cinta yang menyaksikan kolaborasi dengan rakan seperjuangan iaitu Afgan dan Isyana juga dilantunkan dengan cukup indah dalam versi mereka bertiga.