PAKATAN HARAPAN TOLAK MAGERAN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan yang di anggotai Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hj Mohamad Sabu dari Parti AMANAH (PAN), Lim Guan Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebulat suara menolak cadangan Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

“Majlis Presiden mengambil maklum cadangan Tun Dr Mahathir untuk mewujudkan sebuah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara pada waktu ini, terutama berkait COVID-19.

“Walau bagaimanapun, sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, Pakatan Harapan menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa Darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang,” Kata kenyataan media Majlis Presiden PH, sebentar tadi.

Kata kenyataan itu lagi, penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu COVID-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen.

Terdahulu semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu beliau mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menubuhkan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 yakni Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dalam usaha membantu negara mendepani cabaran pandemik Covid-19, ekonomi dan kewangan serta isu sosial.

Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menolak cadangan yang dikemukakan beliau sebaliknya menitahkan bahawa adalah lebih baik cadangan penubuhan MAGERAN itu datangnya daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bahkan Dr Mahathir juga menawarkan khidmat untuk menyumbang idea dan tenaga jika MAGERAN dilaksanakan seperti yang dicadang beliau. -SuaraTV

Baca lagi:

https://suara.tv/10/06/2021/tun-mahathir-cadang-kepada-agong-tubuh-mageran-tapi-yakin-pn-tak-akan-setuju/

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat