SPRM Tahan 3 Pengarah Syarikat Disyaki Rasuah Kontrak Iklan Bernilai RM90 Juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pengarah sebuah syarikat kerana disyaki terlibat rasuah berkaitan satu kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan bernilai lebih RM90 juta pada 2019.

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek berusia 31 hingga 48 tahun tersebut ditahan petang semalam di Ibu Pejabat SPRM.

“SPRM juga telah mengenal pasti pegawai agensi yang terlibat dan dijangka membuat beberapa tangkapan melibatkan individu yang bersekongkol dengan ketiga-tiga pengarah syarikat ini,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber itu, siasatan mendapati syarikat tersebut telah mengemukakan dokumen dan maklumat palsu untuk menyertai tender sebelum ditawarkan kontrak.

Syarikat juga dipercayai tidak mempunyai kelayakan serta gagal melepasi penilaian teknikal dan kewangan.

“Bagaimanapun, disebabkan bayaran suapan rasuah kepada ‘orang dalam’ maka semua syarat asas diketepikan bagi membolehkan kontrak tersebut diberikan kepada syarikat terbabit.

“Siasatan dibuat menurut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” menurut sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Beliau berkata SPRM akan memohon perintah reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat