Durian kita premium

- Advertisement -

DURIAN Malaysia kekal menjadi pilihan dan rebutan dalam kalangan rakyat China yang dipacu permintaan kukuh terhadap raja buah itu.

Penasihat Komersial di Kedutaan China di Malaysia, Shi Ziming berkata, minat rakyat China terhadap durian tetap tidak berkurang meskipun rantaian bekalan di Malaysia terjejas pada awal 2020 akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, durian Malaysia jadi pilihan pembeli di China untuk dijadikanhadiah premium kepada rakan dan keluarga.

“Tekstur dan rasa durian Malaysia tiada tandingannya di dunia. Ia selalunya dibeli sebagai hadiah untuk keluarga dan rakan,” kata Shi.

China mengimport 600,000 tan durian bernilai AS$1.7 bilion (RM7.24 bilion) pada tahun lalu.

Bagaimanapun, import durian dari Malaysia menyumbang peratusan kecil di pasaran China.

Setakat ini, durian Malaysia hanya terdapat di beberapa bandar utama di China dan hanya boleh dibeli melalui platform dalam talian.

POKOK Durian Musang King.
POKOK Durian Musang King.

Menurut statistik Kedutaan, China mengimport 3,200 tan isi durian sejuk beku dan pes dari Malaysia berjumlah AS$41 juta pada 2018.

Kelulusan mengeksport durian dalam bentuk biji (whole fruits) bermula pertengahan 2019 mencetuskan lonjakan eskport berjumlah 7,700 tan (termasuk isi dan pes) pada tahun lalu bernilai AS$67 juta.

“Walaupun berlaku wabak dan di luar musim, eksport durian Malaysia ke China pada suku pertama 2020 sama dengan tempoh sebelumnya iaitu AS$ 22 juta.

“Ini menunjukkan eksport durian Malaysia ke China tidak terjejas meskipun pada luar musim,” katanya.

Shi berkata penjualan durian di Malaysia meningkat 10 kali ganda menjelang akhir Mac lalu berikutan promosi platform buah segar e-dagang China, FreshHema dan mencecah RMB4.35 juta (RM2.62 juta) di platform makanan bawa pulang, Meituan Waimai pada 20 Mei lalu.

Presiden Persatuan Peladang Makanan Malaysia (Bahagian Belia), Francis Hong berkata, eksport durian ke China pada masa ini menyumbang hampir 80 peratus-bekalan baharu untuk musim (Mei hingga Julai atau Ogos)-dijangka meningkat dan dapat memenuhi permintaan pasaran China.

“Seperti sektor lain, kita terkesan dengan penularan wabak Covid-19. Tetapi sekarang keadaan semakin baik dan dengan musim baharu bermula, kami harap dapat menuai hasil yang banyak, tetapi (pengeluaran) kali ini bergantung kepada cuaca,” katanya.

Hong, yang juga mengeksport durian ke China berkata, pasaran durian Malaysia di China hanya 10 peratus dan dijual di Shanghai, Guangzhou, Guangdong dan Beijing.

Malaysia hanya mengeksport durian premium ke China-termasuk Musang King yang terkenal, 101 dan D24.

“Dianggarkan sekilogram Musang King boleh menjangkau harga bermula daripada RMB200-RMB300 (RM120-RM180),” kata Hong.

Seorang usahawan, Fred Lim, mengatakan walaupun pengeluaran dan penjualan duriannya terjejas akibat wabak, beliau tetap optimis dan yakin keadaan akan pulih tidak lama lagi.

Beliau berkata, wabak Covid-19 awal tahun ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan perniagaan duriannya merosot 50 peratus, sementara pendapatannya berkurang dari RM5 juta sebulan sebelum ini kepada RM2.5 juta.

Lim mula mengeksport isi dan pes durian ke China sejak 2010.

“Pengeluaran terjejas teruk, semoga keadaan akan pulih seperti biasa. Saya juga berharap MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menganjurkan misi perdagangan ke China tidak lama lagi supaya kita dapat menyertai dan memanfaatkan pasaran yang lebih besar di sana,” katanya.

sumber: HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat