Jentera Pemuda Pas seluruh negara dikerah buat laporan polis terhadap penderhakaan titah Sultan Selangor

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas akan mengarahkan seluruh jentera Pemuda Pas di seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komuniskasi Datuk Fahmi Fadzil termasuklah Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki atas penderhakaan mereka terhadap titah Sultan Selangor.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Nadzir Helmi berkata, Pemuda Pas akan menggerakkan laporan polis besar-besaran atas penderhakaan terhadap Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengenai isu penternakan ladang babi di negeri berkenaan.

“Ironinya meskipun telah ditegaskan beberapa kali melalui Titah Baginda Sultan Selangor, pemimpin DAP khususnya dan Kerajaan Madani umumnya terus tekal mempertahankan cadangan pembinaan penternakan ladang babi tersebut.

“Mengapa begitu sukar untuk mereka memahami apa yang telah disampaikan oleh Tuanku Sultan?

“Cukuplah! Masa yang diberi untuk permohonan maaf sudah berakhir. Kami akan mengarahkan seluruh jentera Pemuda Pas di seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Menteri Komuniskasi termasuklah Adun Seri Kembangan di atas penderhakaan mereka terhadap titah Sultan
Selangor,” katanya.

Menurut Nadzir, Pemuda Pas tidak akan sesekali berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat, memperlekeh atau mencemarkan kemuliaan institusi Diraja demi kepentingan politik sempit.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat