Penipuan Pemilihan, JPP PKR Sanggah Dakwaan Rafizi

- Advertisement -

Kuala Lumpur, – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyanggah dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mendakwa berlaku kecuaian dan penyelewengan dalam pengendalian Pemilihan PKR 2025.

Dalam kenyataan media rasmi, JPP menegaskan bahawa semua proses termasuk penyediaan senarai pengundi telah dijalankan secara telus, profesional dan mengikut peraturan yang diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan disahkan Biro Politik pada awal tahun ini badan yang turut dianggotai oleh Rafizi sendiri.

“Senarai keanggotaan adalah yang terkini dan telah disahkan melalui proses eKYC secara menyeluruh. Kenyataan kononnya JPP tidak mengendahkan aduan adalah tidak benar dan amat dikesali,” kata Timbalan Pengerusi JPP merangkap Pengerusi Biro Bantahan dan Aduan, Datuk Paduka Ahmad Kasim.

Menurut beliau, sebanyak 289 aduan dan bantahan telah diterima sepanjang tempoh pemilihan, meliputi semua peringkat termasuk pencalonan, rayuan dan pengundian, dan semuanya telah disemak serta ditangani dengan teliti.

JPP turut menjelaskan bahawa keputusan pengundian bagi enam cabang telah dikaji semula dengan bantuan juruaudit antarabangsa yang dilantik MPP. Laporan audit itu yang turut disebarkan oleh Rafizi sendiri menunjukkan sistem e-pengundian adalah selamat dan tidak berlaku sebarang manipulasi.

“Peraturan Pemilihan jelas menyatakan bahawa beban pembuktian terletak pada pihak yang mengemukakan bantahan. JPP hanya bertindak berdasarkan bukti yang dikemukakan, bukan persepsi,” tambah beliau.

Datuk Paduka Ahmad turut merakamkan penghargaan terhadap Pengerusi JPP, Dr. Zaliha Mustafa, yang disifatkan telah memimpin proses pemilihan dengan penuh integriti dan profesionalisme.

JPP menegaskan komitmen untuk terus memastikan proses pemilihan parti berjalan secara bersih, adil dan telus sehingga selesai sepenuhnya dan kepimpinan baharu dilantik bagi penggal 2025–2028.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat