“Double Trouble 2” Bukan Konsert Biasa

- Advertisement -

Jenama “Double Trouble” terus menjadi legasi apabila album yang menyatukan 2 gergasi rock negara, Wings dan Search terus dipaterikan pada monumen agung sejarah rock tempatan.  Kehebatannya cukup luar biasa sehinggalah terbitnya album “Double Trouble 2”.

Fenomenanya terus memuncak sehinggalah hari ini, meskipun pelbagai rintangan dan halangan yang telah meranjau industri rock dekad 80an sehinggalah 90an.  Konsert Double Trouble agak terlalu biasa kerana ianya acapkali menjadi agenda, namun  konsert “Double Trouble 2” ternyata begitu asing malah ianya belum pernah dipertontonkan kepada khalayak.

“ Kami merasa bersyukur kerana dapat beraksi dalam sebuah konsert yang julung kali di adakan meskipun album Double Trouble 2 kini berusia 25 tahun, setelah ianya diriliskan pada tahun 1998”, ujar Joe Branko yang mewakili Barbarik ketika ditemui menerusi wawancara eksklusif pada 6 mei lalu.

“ Meskipun di bawah jenama Barbarik, saya tahu bahawa peminat sentiasa menantikan sesuatu yang terbaik dari kami dan lebih terharu  apabila diberi kepercayaan untuk menjayakan konsert besar-besaran seperti ini. Kami harap konsert ini akan menjadi yang terulung dan terbaik untuk tahun ini”, tambahnya.

Nordin dan Kid yang juga merupakan gitaris kumpulan Search turut senada dengan Jo Branko, malah menyifatkan bahawa kali ini banyak ‘magis’ akan di lakukan demi memastikan kepuasan maksima penonton yang hadir ke konsert itu nanti.

“Mungkin banyak yang akan kami lakukan demi konsert ini, dan apa yang pasti ianya adalah momen indah yang akan terpahat di hati para peminat kami”, ujar Nordin.

“Konsert Double Trouble 2 belum pernah ada penganjur yang merialisasikannya, jadi kesempatan dan tawaran ini hanya datang sekali saja.  Jadi mengapa tidak kami (Search) menerima tawaran ini”, ujar Kid.

Jo Branko turut menyatakan bahawa banyak magis yang akan mereka paparkan demi kepuasan peminat, malah konsep dan perjalanan konsert ini akan di rancang sebaik mungkin demi sebuah impak kepada kami selaku pemuzik dan sudah pasti buat peminat.

“Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, tapi apa yang pasti kami akan memberikan yang terbaik buat mereka yang hadir, apa yang pasti Double Trouble 2 berbeza dengan konsert-konsert yang lain”, ujar Muss selaku vokalis Barbarik.

“InshaAllah ianya akan menjadi antara konsert terbaik dan mencatat sejarahnya yang tersendiri dan yang pasti tiada duanya konsert Double Trouble 2 di lokasi lain”, ujar Jo Branko lagi.

Konsert Double Trouble 2 bukan sekadar konsert biasa. Segala aspek termasuk teknikal, penceritaan visual, penataan cahaya dan sistem bunyi yang akan diberikan perhatian bagi menghidupkan suasana.

Selain Jo Branko (gitaris, Muss (vokalis) tiga pemuzik berkarisma iaitu Ainoll (drum), Rozaimie (gitar bass) dan Adi Yamin (keyboard/piano) menjadi tunjang kepada Barbarik.  Manakala Search pula akan membariskan Noordin (pemain gitar), Kid (pemain gitar), Yan (pemain bass) dan Denden Gonjalez (vokalis).

Konsert Double Trouble 2 anjuran Alpha Nation akan berlangsung pada 5 Ogos 2023 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam pada jam 8.30 malam.

MEDIATOR MALAYSIA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat