Beberapa Kawasan Di Tujuh Negeri Catat Suhu Panas Tahap Satu

- Advertisement -

SHAH ALAM – Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh negeri sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut bermula Khamis.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman Facebook setakat jam 4.45 petang, memaklumkan negeri yang terlibat adalah Kedah, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Di Kedah kawasan yang terlibat ialah Kuala Muda; Padang Terap; Baling dan Bandar Baharu; Kelantan, Pasir Mas; Perak (Selama, Matang dan Larut; Kinta; Hulu Perak; Manjung dan Batang Padang.

Seterusnya, di Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor manakala Negeri Sembilan (Jempol); Sabah (Beaufort dan Kinabatangan) serta Sarawak (Mukah).

Agensi itu turut memaklumkan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Orang ramai ingin mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat