Covid-19: Nilai R-Naught Meningkat Kepada 1.13, Kedah Tertinggi Dengan 1.31

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia kembali mencatatkan peningkatan.

Angka itu meningkat kepada 1.13 pada Isnin berbanding 1.11 hari sebelumnya.

Kedah kekal mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.31.

Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 ialah Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Melaka dan Johor.

Peningkatan ini juga termasuk Selangor, Perak, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Sarawak, Kelantan dan Sabah merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Sementara itu, Perlis dan Labuan mencatatkan tiga kes baharu Covid-19.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti daripada satu kes positif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat