Covid-19: Larangan Bawa Kanak-Kanak Ke Tempat Awam Akan Dibincangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membincangkan larangan untuk tidak membenarkan ibu bapa membawa kanak-kanak keluar ke tempat awam termasuk pusat beli-belah sekiranya ramai yang tidak mengambil berat mengenai perkara itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa sekarang larangan tersebut masih belum dimasukkan ke dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342)

“Anak-anak kita adalah tanggung jawab kita. Memang kerajaan belum lagi mengeluarkan sebarang larangan tetapi ibu bapa perlu menggunakan kawalan kendiri apakah selamat membawa anak-anak ke khalayak ramai, kawasan tertutup dan sebagainya.

“Kita akan bincang mengenai perkara ini dan jika nampak ramai ibu bapa yang tidak menghiraukan keselamatan anak-anak maka kerajaan boleh mengeluarkan perintah larangan.

“Setakat ini, kami masih berharap ibu-bapa bertanggung jawab,” katanya semasa sidang media hari ini.

Selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lebih longgar berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan sebelum ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak keluar bersiar-siar termasuk di tempat-tempat awam dan pusat beli-belah.

Terdapat premis perniagaan yang lebih bertanggung jawab melarang kanak-kanak untuk masuk tetapi ada juga yang tidak mengenakan sebarang peraturan sedemikian kerana ianya bukan undang-undang kerajaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai supaya mengelakkan 3C iaitu confined space (tempat tertutup), crowded space (tempat sesak) dan close conversation (berbual dalam jarak yang rapat) bagi mengelakkan penularan wabak Covi-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat