FGV, MTSP, MPWP Indera Mahkota rai asnaf, golongan memerlukan dalam program aidilfitri ‘SAJI Seikhlas Hati’

- Advertisement -

KUANTAN — Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Indera Mahkota dan Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) Indera Mahkota dengan kerjasama FGV Holdings Berhad (FGV) baru baru ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan & Sambutan Hari Raya ‘SAJI Seikhlas Hati’.

Pengerusi Majlis Tindakan Sosial Parlimen (MTSP) Indera Mahkota, Nik Mohd. Ridzuan Kamarudin berkata bantuan dan sokongan yang diberikan oleh FGV sangat memberi makna kepada penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota itu juga menekankan kepentingan menjaga hubungan baik tanpa mengira latar belakang dan berharap bantuan yang disalurkan oleh FGV mampu menceriakan lagi sambutan aidilfitri.

“Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh masyarakat Indera Mahkota amat memberangsangkan. Saya melihat kehadiran mereka bukan sahaja kerana bantuan yang disampaikan, tetapi juga sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap usaha berterusan untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Ini membuktikan bahawa semangat gotong-royong dan kebersamaan masih kuat dalam kalangan masyarakat kita. Dari sudut Parti UMNO, inilah perjuangan yang kami bawa memastikan setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang, mendapat perhatian dan bantuan yang sewajarnya,” katanya kepada Suara TV.

Jelasnya diperingkat Pemuda Umno Indera Mahkota sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak korporat seperti FGV bagi merangka program jangka panjang yang mampan.

“Bantuan bersifat ‘one-off’ ini penting, tetapi yang lebih utama ialah membina program pembangunan sosioekonomi, pendidikan dan keusahawanan untuk golongan B40 serta anak muda setempat. Dengan pendekatan yang berterusan, kita dapat bukan sahaja mengurangkan beban hidup, tetapi juga meningkatkan taraf kehidupan mereka secara menyeluruh,”

”Dalam politik, keutamaan kami adalah rakyat dan dalam kemanusiaan, tanggungjawab kita adalah untuk sentiasa berbuat baik kepada sesama insan.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Bandaraya itu berkata pihaknya akan terus memainkan peranan sebagai penghubung antara masyarakat dan pihak yang mampu menyumbang.

“Harapan saya, lebih banyak agensi dan syarikat GLC tampil ke hadapan untuk bersama-sama memikul tanggungjawab sosial ini.

”Saya amat berharap agar program seperti ini diteruskan dan diperluas. Kita tidak mahu hanya membantu ketika musim perayaan, tetapi sepanjang tahun,” katanya.

Bertempat di Rumah Abang Jamil Pantai Balok, Majlis Penyerahan Bantuan & Sambutan Hari Raya ‘SAJI Seikhlas Hati’ turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam, Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Fakhrunniam Othman dan Pengerusi MPWP Indera Mahkota, Mazlina Mohammad Lazim.

Untuk rekod, Program “SAJI Seikhlas Hati” yang dipacu oleh jenama SAJI ini merupakan sebahagian daripada inisiatif CSR induk kumpulan iaitu “FGV Seikhlas Hati.

Bagi program kali ini, FGV telah menyalurkan bantuan berjumlah RM80,000 kepada 200 orang penerima dalam bentuk wang tunai sebanyak RM300 serta hamper barangan SAJI bernilai RM50 setiap seorang.

Manakala, bantuan khas bernilai RM10,000 pula turut disalurkan kepada Encik Zulkifli Saad yang merupakan salah seorang mangsa ribut besar di Pelangai pada tahun lalu.

Sumbangan istimewa ini disalurkan bagi tujuan kerja-kerja pembaikian rumah beliau yang terkesan akibat bencana tersebut.

Pada tahun 2024, FGV telah memperuntukkan sekitar RM10.3 juta untuk pelbagai inisiatif CSR, termasuk usaha membasmi kemiskinan serta keciciran pendidikan di kawasan bandar dan luar bandar.

Program “SAJI Seikhlas Hati” telah memberi manfaat kepada hampir 26,000 penerima di seluruh Malaysia sejak diperkenalkan pada bulan Februari 2023.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat