Bela Penceroboh Tanah : Chow Adakah Kamu Derhaka Titah Sultan Pahang ? – Akmal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh, menegaskan bahawa semua pihak, termasuk wakil rakyat, wajib menghormati keputusan mahkamah dan tidak boleh bertindak seolah-olah berada di atas undang-undang negara.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik , Dr. Akmal merujuk kepada insiden di Raub, Pahang melibatkan Ahli Parlimen Raub, YB Chow Yu Hui, yang dilihat mempertahankan pekebun durian yang menceroboh tanah kerajaan negeri selama lebih 40 tahun.

“Jangan sesuka hati membela penceroboh. Negara ini ada undang-undang, bukan ikut kepala sendiri,” tegas Dr. Akmal.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak kerajaan negeri Pahang telah mematuhi proses undang-undang sepenuhnya. Menurutnya, Mahkamah Tinggi Kuantan pada April tahun lalu telah memutuskan bahawa tanah tersebut sah milik kerajaan negeri, dan keputusan itu turut disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada Mei.

“Tuanku Sultan Pahang sendiri telah bertitah agar semua pihak akur kepada keputusan mahkamah dan pihak berkuasa tidak perlu takut untuk mengambil tindakan terhadap pencerobohan,” katanya lagi.

Dr. Akmal juga mempersoalkan sama ada YB Chow Yu Hui sedang menderhaka kepada titah Tuanku Sultan Pahang kerana menghalang tindakan penguatkuasaan oleh kakitangan kerajaan negeri.

Sebagai tindakan lanjut, Pemuda UMNO Negeri Pahang yang diketuai Saudara Kamil telah diarahkan untuk membuat laporan polis terhadap YB Chow atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para petugas awam negeri Pahang yang menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme dan tenang meskipun berdepan provokasi.

“Siapa pun kamu, kita tak kisah. Yang penting, hormat undang-undang dan tanah negeri Pahang,” tambah beliau.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat