KJ, Shahril Puji Kejayaan Ismail Sabri Pacu Pemulihan Ekonomi Dan Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan kredit kerana ketegasan beliau mengemudi negara terutama sewaktu berdepan krisis kesihatan global dan juga pencetus kepada pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

Selaku bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan bahawa Ismail Sabri telah memberikan kepercayaan yang penuh kepada menteri-menteri Kabinetnya.

“Pada masa itu saya Menteri Kesihatan, saya terpaksa buat keputusan yang sangat sukar bersama dengan rakan-rakan dalam jawatankuasa yang menentukan sama ada kita nak keluar dari pandemik ataupun tidak.

“Ketika itu Ismail Sabri telah menetapkan, “KJ no more lockdown dan kita nak keluar dari pandemik ini sekian masa”. Oleh itu, saya terpaksa buat banyak keputusan berkenaan SOP, kuarantin, vaksin dan syarat lain,” kongsi Khairy dalam podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Menurut Khairy lagi, Ismail Sabri telah memberikan kepercayaan penuh kepada beliau dan pasukannya untuk membawa negara keluar daripada belenggu Covid-19.

“Beliau memberi kepercayaan sepenuhnya dan saya lapor kepada beliau. Selepas dibentangkan laporan dan beliau katakan jika ini (perancangan) berdasarkan bukti dan fakta dan pertimbangan sewajarnya oleh KKM go for it.

“Ismail Sabri bukan saja tegas tapi juga berani untuk memberi kepercayaan kepada menteri-menteri yang dia rasa dia boleh percaya,” puji Khairy.

Sementara itu, bekas Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Hamdan mengakui Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang berjaya menjadi pencetus kepada pemulihan ekonomi selepas Covid-19 dan kesihatan.

“Apa yang Ismail Sabri buat yang saya rasa mungkin belum dapat kredit lagi lah ramai orang lupa bahawa beliau tegas untuk mengatakan bahawa PKP tidak akan berlaku lagi dan mungkin itu dilihat sebagai satu kenyataan yang biasa tetapi komitmen yang dibuat kemudian apabila Omicron datang selepas Menteri Kesihatan dah uruskan vaksin semua cantik tak perlu lagi PKP membawa kepada kesan ekonomi yang sebenar.

“Malah setiap bulan sepanjang Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, kadar pengangguran turun-turun sampailah ke tahup natural rate of full employment.

“Saya kira itu satu pencapaian yang beliau tak dapat hebahkan dari segi ‘branding’ beliau, tapi dari segi kesan kepada pemulihan ekonomi itu,” ujar Shahril.

Menurut beliau, ketegasan Ismail Sabri dari awal itu membuahkan hasil.

“Kalau nak kata saya admire (mengagumi) saya admire ketegasan itu untuk membuat keputusan yang penting pada waktu itu.

“Mudah saja kalau dia nak main selamat untuk dia kata, tengok dulu-kes naik kita lockdown separuh-separuh dan kita tahu pentadbiran sebelumnya tapi bila dia masuk PMO ekonomi mula meningkat sedikit demi sedikit sampailah ke tahap ini,” katanya.

Shahril juga memberitahu sebagai Perdana Menteri hanya sejarah akan menjadi hakim kepada seseorang negarawan itu.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat